Followers

Monday, February 18, 2013

UITM MEMANG DIHATIKU !!!

Ramai yang beranggapan dan masih lagi beranggapan bahawa UITM ini adalah universiti kelas kedua, universiti yang tiada standard, universiti untuk org kampung, universiti untuk org miskin, universiti untuk pelajar2 yang cukup cukup makan SPM nya dan macam2 lagi konotasi negatif yang dilemparkan kepada institusi bertuah ini. Anggapan sinis ini lahir dari persepsi serta sangkaan buruk mereka terhadap kerajaan yang selalu memberi pelbagai bantuan, subsidi, inisiatif serta bajet yang tinggi untuk UITM. Sebelum saya melangkah masuk ke institusi hebat ini pada awal tahun 2000, ini lah dogma yang telah ditanamkan kepada pelajar2 bahawa UITM ini adalah universiti '2nd Choice' untuk mereka. "Kitak apply lok UM or UKM or UIA, if sik dapat baruk ktk apply UITM"..ya masih terngiang ngiang di telingaku sewaktu aku mula2 nak apply nak masuk universiti. Tapi aku nekad untuk memilih UITM sebagai pilihan pertamaku dek kerana aku menyaksikan abang serta saudara mara ku semua memilih UITM sebagai pilihan mereka !

Perlu diketahui, UiTm ini lahir atas dasar untuk mengimbangi ketidakseimbangan kaum pada ketika pasca selepas merdeka di mana ekonomi dikuasai oleh bangsa cina. Dan kewujudan uitm ini adalah untuk melahirkan professional bumiputera di dalam memacu pembangunan dan ekonomi negara serta untuk mengangkat darjat bangsa bumiputera ini setanding dengan bangsa bangsa yang lain. Adalah tidak adil bagi kita untuk membandingkan UiTm dengan universiti yang lain kerana matlamat serta sistem nya adalah unik dan tersendiri. Tiada universiti di dunia yang hanya memberi ruang dan peluang kepada satu bangsa bumiputera sahaja untuk duduk dan menelaah pelajaran dan ilmu di dalamnya melainkan UiTM !!! Setelah hampir separuh abad kewujudan uitm ini, ia telah banyak melahirkan figura figura hebat yang memberi sumbangan besar kepada negara dan agama, serta berjaya mengangkat ekonomi bumiputera ke arah yang lebih tinggi. Konotasi yang mengatakan UiTM ini adalah universiti UMNO dan BN adalah tidak dapat disangkal kerana roh kewujudan uitm ini dahulu pun atas dasar politik dan perjuangan UMNO. Walau apa apapun, peluang akademik itu adalah menjadi keutamaan kepada universiti ini untuk mengeluarkan orang orang kampung dari kepompong kemiskinan dan kesusahan.

Saya dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga uitm ini sendiri dancsekarang mencurah bakti kepada universiti bertuah ini. Walau apa2 prasangka buruk orang lain terhadap universiti ini, saya sangat percaya bahawa ia telah mengangkat martabat bamgsa melayu dan bumiputera setanding dengan bangsa bangsa yang lain. Darah yang mengalir di dalam tubuh saya ini adalah darah uitm !

UNIVERSITI INI TEMPAT MELAYU/ BUMIPUTERA !
UNIVERSITI INI TUNJANG MELAYU/BUMIPUTERA !
UNIVERSITI INI TONGGAK MELAYU/BUMIPUTERA !

2 comments: