Followers

Monday, February 18, 2013

22HB FEBRUARI PEMBUBARAN PARLIMEN???

Dari maklumat maklumat yang diterima, DS Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen hari Jumaat ini mengambil keberkatan Penghulu Segala Hari ini??? Sama2 kita tunggu tarikh keramat itu !!! 

UITM MEMANG DIHATIKU !!!

Ramai yang beranggapan dan masih lagi beranggapan bahawa UITM ini adalah universiti kelas kedua, universiti yang tiada standard, universiti untuk org kampung, universiti untuk org miskin, universiti untuk pelajar2 yang cukup cukup makan SPM nya dan macam2 lagi konotasi negatif yang dilemparkan kepada institusi bertuah ini. Anggapan sinis ini lahir dari persepsi serta sangkaan buruk mereka terhadap kerajaan yang selalu memberi pelbagai bantuan, subsidi, inisiatif serta bajet yang tinggi untuk UITM. Sebelum saya melangkah masuk ke institusi hebat ini pada awal tahun 2000, ini lah dogma yang telah ditanamkan kepada pelajar2 bahawa UITM ini adalah universiti '2nd Choice' untuk mereka. "Kitak apply lok UM or UKM or UIA, if sik dapat baruk ktk apply UITM"..ya masih terngiang ngiang di telingaku sewaktu aku mula2 nak apply nak masuk universiti. Tapi aku nekad untuk memilih UITM sebagai pilihan pertamaku dek kerana aku menyaksikan abang serta saudara mara ku semua memilih UITM sebagai pilihan mereka !

Perlu diketahui, UiTm ini lahir atas dasar untuk mengimbangi ketidakseimbangan kaum pada ketika pasca selepas merdeka di mana ekonomi dikuasai oleh bangsa cina. Dan kewujudan uitm ini adalah untuk melahirkan professional bumiputera di dalam memacu pembangunan dan ekonomi negara serta untuk mengangkat darjat bangsa bumiputera ini setanding dengan bangsa bangsa yang lain. Adalah tidak adil bagi kita untuk membandingkan UiTm dengan universiti yang lain kerana matlamat serta sistem nya adalah unik dan tersendiri. Tiada universiti di dunia yang hanya memberi ruang dan peluang kepada satu bangsa bumiputera sahaja untuk duduk dan menelaah pelajaran dan ilmu di dalamnya melainkan UiTM !!! Setelah hampir separuh abad kewujudan uitm ini, ia telah banyak melahirkan figura figura hebat yang memberi sumbangan besar kepada negara dan agama, serta berjaya mengangkat ekonomi bumiputera ke arah yang lebih tinggi. Konotasi yang mengatakan UiTM ini adalah universiti UMNO dan BN adalah tidak dapat disangkal kerana roh kewujudan uitm ini dahulu pun atas dasar politik dan perjuangan UMNO. Walau apa apapun, peluang akademik itu adalah menjadi keutamaan kepada universiti ini untuk mengeluarkan orang orang kampung dari kepompong kemiskinan dan kesusahan.

Saya dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga uitm ini sendiri dancsekarang mencurah bakti kepada universiti bertuah ini. Walau apa2 prasangka buruk orang lain terhadap universiti ini, saya sangat percaya bahawa ia telah mengangkat martabat bamgsa melayu dan bumiputera setanding dengan bangsa bangsa yang lain. Darah yang mengalir di dalam tubuh saya ini adalah darah uitm !

UNIVERSITI INI TEMPAT MELAYU/ BUMIPUTERA !
UNIVERSITI INI TUNJANG MELAYU/BUMIPUTERA !
UNIVERSITI INI TONGGAK MELAYU/BUMIPUTERA !

BN DALAM BAHAYA???

Seperti entri saya sebelum ini mengenai PRU 13 adalah Ibu segala Pilihan Raya, ramai penganalisis percaya bahawa kedudukan BN untuk mengekalkan kuasa adalah '50-50' dan pertarungan ini nanti adalah pertarungan paling sengit di dalam sejarah negara. Bagi pihak BN, mereka telah melakukan pelbagai usaha dan daya bagi mengembalikan sentuhan ajaib PRU tahun 2004 apabila mereka memenangi undi popular yang paling menakjubkan sebelum dihimpit duka 4 tahun berikutnya dek kerana diulit kekuasaan yang begitu besar tanpa mendengar rintihan dan suara rakyat marhaen. Belajar dari kealpaan itu lah, BN di bawah DS Najib telah melakukan pelbagai program yang menjurus terus kepada kepentingan rakyat jelata !

Persoalan besar yg bermain dibenak pemikiran setiap orang ialah mampukan BN mengekalkan putrajaya ? Sekiranya mampu, adakah mereka mampu untuk melonjakkan kemenangan 'simple majority' pada PRU yang lepas kepada '2/3 majority'? Persoalan seterusnya berlanjutan kepada 'adakah BN mampu untuk merampas semula bumi emas malaysia Selangor dan Penang kembali kepada penguasaan mereka?' Semua persoalan menarik ini bakal diketahui tidak lama lagi apabila kedua dua pihak akan turun berjuang bermati matian mendapatkan kuasa di Putrajaya, menunggu detik pengumuman pembubaran Parlimen oleh PM sahaja lagi. Di sebelah pihak oposisi, mereka sungguh yakin dengan peningkatan sokongan rakyat kepada mereka hari demi hari terutamanya pengundi muda. Demonstrasi jalanan yang mereka anjurkan pada hemat saya adalah untuk 'test market and power' mereka sahaja. Mereka nak lihat samada rakyat bersama mereka atau tidak. Dan kemuncak kepada 'test power' itu adalah dengan penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan bulan lepas. Sekiranya diperhatikan kepada jumlah umat yang bersama mereka di dalam siri siri demonstrasi dan HKR tersebut, pihak BN tidak boleh duduk lena dan memandang sebelah mata sahaja kerana pada perkiraan saya himpunan mereka itu telah berjaya sama sekali membawa rakyat bersama mereka dalam ruang demokrasi yang tersekat !

Ramai penganalisis tempatan berpendapat, kaum India sudah ramai menunjukkan sokongan kembali kepada Najib dan BN di atas segala usaha transformasi pihak kerajaan terhadap masyarakat ini. Cuma nya, masyarakat Cina yang diketahui sudah ada pilihan mereka sendiri dan majoriti orang orang cina masih kepada PR. tugas bagi kedua dua parti ini amat berat di dalam mempengaruhi pengundi atas pagar bangsa melayu dan india. ( analisis ini akan disambung kemudian)

Friday, February 15, 2013

KAKI TERIKAT !

Ini lah dilema seoarang yang bersifat 'akademia' di dalam memberi pendapat serta pandangan mengenai sesuatu isu politik apatah lagi anda memang mengajar subjek politik. Sekiranya anda bersifat kritis atau pandangan anda kala nya di luar aliran konservatif, anda pasti akan dilabel dengan pelbagai label dan gelaran yang kadang kadang tidak masuk akal untuk diterima. Sebaliknya, apabila anda mengikut kehendak serta aliran konservatif itu, anda tidak berada di bumi yang nyata seolah olah pemikiran kita terhad dan dibatasi oleh sesuatu garis yang telah ditetapkan. Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang pengkaji politik yang ingin bersifat 'apolitical' di dalam memberi hujah serta pandangan hasil dari kajian dan perhatian semasa ! Namun perlu diingat, sejarah purba kala telah membuktikan apabila kita membatasi suara ahli akademia ini dari memberi idea,pendapat,kritik serta lontaran hujah mereka yang disulami dengan ilmu, akal dan budi, mereka mereka ini ahli akademia ini boleh 'meruntuhkan' sesebuah kerajaan dan negara. Justeru itu, apabila kerajaan memberi ruang kepada ahli akademia ini untuk menyatakan sisi pandang mereka, saya amat percaya rakyat akan terus menyokong serta mendokong kerajaan yang ada sekarang di dalam menyuburkan lagi proses pendemokrasian akademik !

SUARA ORANG MUDA SUARA KERAMAT !!!

Kemorosotan undi popular dan 'swing vote' rakyat pada PRU 12 2008 merupakan bukti kukuh suara orang muda merupakan suara keramat yang pihak pemerintah tidak boleh kesampingkan ! Kesedaran politik yang tinggi di kalangan orang orang muda ini berikutan ledakan gerakan massa yang begitu aktif terutamanya penggunaan facebook, twitter, blogs dan youtube yang mana ia telah menukar cara pemikiran rakyat terutama orang muda terhadap perkembangan politik semasa. Kaedah tradisional seperti menggunakan tv dan radio masih lagi berkesan untuk propaganda di kampung, tetapi tidak di bandar kerana letusan teknologi maklumat yg hebat melanda sekarang ini. Bukti nya amat nyata dan jelas pada PRU13 dan Pilihanraya Negeri Sarawak yang mana pengundi urban dan semi urban telah berpihak kepada parti pembangkang dek kerana kelajuan maklumat yang mereka dapat dari sumber internet dan seangkatannya ! Perlu diingat bahawa generasi muda sekarang adalah generasi IT dan amatlah mudah bagi mereka untuk mendapat maklumat dan akhirnya menjadi persepsi !

Pihak pakatan rakyat telah menggunakan ruang dan medium baru ini dengan sebaik baiknya dan telah berjaya menambat hati orang muda dengan pelbagai isu yang dekat dengan mereka seperti isu pendidikan percuma, PTPTN,AUKU dan isu hak2 asasi manusia. Keaktifan mereka menggunakan ruang dan medium ini akhirnya telah meletakkan suara orang muda ini ke hadapan dan diterjemahkan  kepada tindakan. Pada akhirnya,ramai orang orang muda ini telah bersama PR dan menterjemahkan kepada undi pada tahun 2008 !

Kerajaan pimpinan DS Najib telah mengambil tindakan yang pro-aktif dalam menawan kembali hati dan suara org muda ini sehinggakan DS Najib dan menteri menteri nya sama2 aktif menggunakan ruang dan medium ini semaksima mungkin di dalam berhubungan secara terus kepada rakyat untuk isu2 rakyat dan sebagainya. Ramai juga rakyat yang 'touch' dengan approach memanda menteri ini kerana mereka rasa rapat dengan kepimpinan negara.  Cuma nya, kerajaan perlu mengambil perhatian dengan aspek inovasi dan kepantasan mereka di dalam menjawab segala isu rakyat dan sebagainya. Kadang kadang apabila saya membuka website kerajaan dan blog2 pemimpin kerajaan, information dan maklumat tidak diupdate dan tidak menarik berbanding dengan blog2 pemimpin PR. Justeru itu,kerajaan perlulah selalu meng'update' segala data dan statistik agar rakyat dapat maklumat yang sahih dan tepat, dan boleh menjawab terus segala tohmah dan tuduhan pihak pembangkang. 

PADA AKHIRNYA SUARA ORANG MUDA ADALAH SUARA KERAMAT !!!

PRU 13 IBU SEGALA PILIHANRAYA

Maudu' ini sangat menarik untuk diperkatakan. WHY??????
Ramai yang bercakap mengenai PRU13 yang bakal menjelma tidak lama lagi. Saya antara orang yang sangat 'alert' tentang PRU13 ini sementalah saya ada sedikit ilmu dan pendidikan mengenai politik ini. PRU13 ini bolehlah disifatkan sebagai IBU SEGALA PILIHANRAYA di malaysia kerana pertembungan kali ini adalah pertembungan terhebat di antara BN dan Pakatan Rakyat di antara 12 pilihanraya yang pernah berlangsung di Malaysia ini. Ada yang menyifatkan PRU 13 ini adalah 'The Battle of Gladiators between DS Najib dan DS Anwar Ibrahim ! Ya .. Saya sangat bersetuju dengan semua pandangan sarjana serta pakar-pakar politik mengenai kehebatan pertembungan BN dan PR ini. 

Secara peribadi nya, saya berpendapat bahawa kesedaran rakyat Malaysia terhadap politik ini bermula dari Tsunami Politik 2008 apabila kuasa rakyat itu sendiri telah menumbangkan 4 buah kerajaan Negeri pimpinan BN (PAS kekal di bawah PAS) dan prestasi BN adalah yang terburuk di dalam sejarah PRU di malaysia, dan telah meletakkan Dato Seri Abdullah (kini Tun) di dalam keadaan genting dan akhirnya beliau sendiri telah menyerahkan baton PM kepada DS Najib Tun Razak untuk memulihkan prestasi BN dengan pelbagai agenda transformasi dan sebagainya.  Bagi pihak PR, kejayaan mereka untuk menafikan 2/3 BN di parlimen adalah suatu kejayaan yang maha hebat dan terbesar pernah dicatatkan oleh parti pembangkang semenjak merdeka dan ini memberi mereka semangat untuk terus berjuang sehingga mereka berjaya untuk menawan hati rakyat dan seterusnya menawan Putrajaya ! 

Sehingga detik ini, kedua dua pihak telah melakukan pelbagai program dan agenda masing masing bagi menawan hati rakyat. BN dengan agenda transformasi nya dan PR dengan manifesto Buku Jingga nya adalah kemuncak kepada segala agenda mereka masing-masing ! BN sedaya upaya ingin memulihkan parti mereka dan ingin kembali mendapat 2/3 kerusi di parlimen, namun tidak mudah bagi PR untuk melepaskan Selangor,Penang dan Kedah kembali ke tangan BN. JUSTERU ITU, PRU13 ini NANTI AKAN MENJADI PENENTU SIAPAKAH YANG AKAN MENAKLUKI PUTRAJAYA dan SETERUSNYA AKAN MENJADI PARTI PEMERINTAH ! Bagi rakyat jelata, mereka mengharapkan sesiapa yang memerintah mereka nanti, segala janji serta manifesto mesti ditunaikan dan dilangsaikan ! 

TINTA PERTAMA

Saya amat meminati dunia politik sementalah ia amat menarik untuk digarapi serta dianalisis setiap perwatakan yang melakonkan skrip politik mereka. Saya amat percaya bahawa ramai orang muda di luar sana telah terdedah dengan pelbagai cerita mengenai keadaan politik dunia apatah lagi kancah politik negara. Saya salah seorang dari orang-orang muda ini yang mengambil berat keadaan senario politik negara yang bertambah menarik sehari ke sehari ! Segala pandangan saya dalam entri akan datang lebih kepada pandangan serta opini seorang akademia yang bersifat 'non partisan' yang bermatlamatkan untuk kesepakatan serta keharmonian sejagat ! Blog ini nanti adalah pandangan peribadi saya dan segala coretan saya selepas ini adalah dari kombinasi akal, budi dan jiwa disatukan menjadi suatu nilai garapan serta analisis mendalam mengenai sesuatu isu. Kemungkinan warkah serta tinta saya selepas ini adakala nya bersifat santai dan adakalanya bersifat serius mengikut 'level' entri yang saya akan coretkan nanti ! Salam perkenalan dari saya dan selamat membaca !